Wednesday, May 28, 2008

Penghakiman Pulau Batu Puteh @ Pedra Branca



Saya tiada komen mengenai penghakiman ICJ baru-baru ini, kerana pada pandangan saya apabila masuk ke gelanggang mahkamah akan ada dua kemungkinan sahaja, samada menang atau kalah.

Cuma apa yang saya terfikir ialah samada di peringkat awal lagi, adakah menyelesaikan konflik antara Malaysia dengan Singapura ini sesuai dibawa ke ICJ.

Sudah tentu kalau kita sekalipun, jalan Mahkamah adalah jalan terakhir selepas rundingan dan cara-cara lain tidak berkesan untuk mempertahankan hak kita.

Saya juga terfikir, apakah 'demanding power' negara kita terlalu lemah semasa berunding dengan Singapura hinggakan perkara ini terpaksa dibawa ke ICJ sebagai jalan penyelesaian terakhir.


Saya berasa ragu tentang apakah keperluan kes ini di bawa ke ICJ. Pada pandangan saya negara kita sepatutnya memanfaatkan banyak kelebihan seperti isu air, tanah dan lain-lain semasa perundingan sebelum membawa konfik ini ke Mahkamah Antarabangsa.

Baca penghakiman penuh di sini:

Saturday, May 17, 2008

Usrah Pakatan Rakyat?

Dalam AGM Pemuda PAS kawasan Serdang lebih kurang sebulan lepas, terdapat satu usul dari perwakilan untuk mewujudkan apa yang dinamakan usrah pakatan rakyat ('PR'). Cadangan tersebut menarik minat saya memandangkan ianya adalah tepat sekali sempena kemenangan PR menguasai 5 negeri dalam PRU yang lalu.


Usrah sememangnya mekanisame bagi ahli-ahli PAS untuk duduk seminggu sekali atau beberapa kali dalam satu bulan untuk berdiskusi dalam kelompok kecil dengan seorang naqib membacakan teks atau buku-buku karangan ulama' harakah di samping mendengar tafsir atau hadis-hadis dengan huraian bersifat semasa.


Sememangnya menjadi kekuatan PAS sejak sistem usrah diperkenalkan dalam pentarbiyahannya. Ia adalah tempat menyelaraskan pemikiran ahli yang pelbagai, memperbetulkan cara berfikir dan mendapatkan arahan terkini dari pimpinan parti peringkat atas untuk dilaksanakan.

Kadangkala selepas usrah juga terus diadakan mesyuarat ringkas berkenaan apa-apa isu yang difikirkan perlu tanpa banyak unsur formal sebagaimana yang diamalkan di cawangan tempat saya tinggal sekarang.

Usrah adalah medium yang berkesan untuk menyampaikan teguran kepada ahli secara 'halus' dan penuh hikmah tanpa mengguris hati kerana kadang-kala teks yang dibacakan itu sendiri boleh men'tazkirah'kan ahli tanpa menyebut secara langsung.


Mudahnya, kuat suatu cawangan atau kawasan kerana kekuatan usrah.

Namun, bagaimanakah sekiranya usrah PR hendaklah dijalankan? Bagaimana kaedahnya? Apa kitab rujukannya ? Dan wajarkah diguna nama 'usrah' ( walaupun masalah nama ialah perkara kecil)? Ini kerana persepakatan ini diraih secara tak langsung dalam ertikata menolak penguasaan BN dalam negara yang terlalu menindas rakyat sepanjang pemerintahannya serta menembalikan pentadbiran beramanah dalam negara ini. Pakatan ini bagi saya bukanlah pakatan dalam ertikata penyatuan fikrah yang mendasar seperti PAS dengan dasar Islamnya, DAP dengan dasar demoratiknya dan PKR pula dengan ... (dengan apa ya? ).Ya, dengan kevokalannya menentang pemerintah BN.


Kesudahannya usul tersebut ditolak oleh perwakilan kerana tiada mekanisme yang jelas dibentangkan oleh pembawa usul. Mesyuarat juga secara tak langsung telah meletakkan tanggungjawab tersebut kepada pimpinan Pusat untuk memulakannya terlebih dahulu dan menggariskan mekanisme yang boleh dijalankan oleh ahli yang berada di peringkat bawahan memandangkan perkara ini agak mendasar dalam parti. Ahli tidak mahu mendahului pimpinan.


Namun saya optimis dengan usul tersebut dan menyokong jika telah jelas mekanismenya. Hal ini kerana kejayaan usrah telah terbukti dalam mengumpul kekuatan PAS. Apatah lagi ia adalah peluang dakwah kepada golongan bukan Islam dan orang-orang Islam dalam PR kepada memahami Islam yang syumul. Di samping ahli-ahli parti boleh bertaaruf dan berinteraksi dengan dasar perjuangan parti-parti lain dalam PR.

Mungkin juga ceramah-ceramah anjuran parti atau forum-forum sudah cukup untuk mentarbiyah mereka tanpa perlu usrah.
Sekadar cetusan, wassalam.

Saturday, May 10, 2008

Kang Abik & Petua Penulisan Berkesan

Salam,

Berikut adalah petua menulis berguna dari Kang Abik atau al Fadhil Ustaz Habiburrahman El Shirazy, penulis buku-buku Islami Indonesia untuk dikongsikan bersama.

Saya percaya teknik yang sama boleh digunakan dalam penulisan tesis pelajar, blogger, ulamak dan sebagainya untuk memberi kesan tersendiri kepada orang yang membaca.

Selamat membaca!


"Beberapa bulan yang lalu, disaat Kang Abik berkunjung ke Kairo, dalam acara tahunan Mesir, “Book Fair”(pertengahan bulan Januari 2008 yang lalu). Bersama utusan IKAPI, kekeluargaan Jatim, sempat mengadakan sehari belajar menulis dengan beliau.

Diantara point-point yang beliau sampaikan dalam hal bagaimana menjadi penulis yang baik adalah sebagai berikut:

1. Langkah Pertama, Pencelupan.
Artinya, anda harus masuk dalam bahasa Stephen J. Spignesi mencelupkan diri kedalam subjek Anda, hampir pada keseluruhan point. Bagaimana bisa basah, kalau anda tidak masuk kedalam air? Menurut Kang Abik, langkah pertama ini, tidak memerlukan penulisan apapun, selain lebih banyak membaca, juga bertanya pada sumber yang tahu. Orang yang kurang membaca bisa dipastikan, tak akan bisa menulis karya dengan baik. Dari banyak membaca inilah penulisan data penulisan lebih banyak terkumpul.

2. Langkah 2, Catatan-Catatan:
Pada langkah kedua ini, terserah bagaimana cara anda memandu diri anda sendiri untuk mencatat hal-hal yang terpenting dari data-data yang telah anda dapatkan.

3. langkah ke-3, Tinjauan Ulang dan Berfikir:
Ini adalah langkah balik. Anda meninjau ulang bahan-bahan dan catatan-catatan yang telah anda pilih itu. Anda lihat dan fikirkan kembali apa yang telah anda pelajari dan amati.

4. Langkah ke – 4 Daftar Isi :
Pada tahap ini, mulailah mengatur kekacauan. Susun kerja anda. Buat garis besar apa yang akan anda tulis, bahkan jika bias sampai sub-sub yang paling kecil sekalipun. Lihat dengan seksama bagian Pembukaan, Pertengahan, dan akhir.

5. Langkah ke- 5 Bab demi Bab.
Inilah saatnya anda menulis, bab demi bab. Gabungkan tulisan itu sesuai dengan alur yang telah anda susun.Tulis dengan penuh percaya diri, perkaya bahan milik anda, tulis dengan kekuatan jiwa. Tulis dengan emosi.Nikmati setiap perasaan yang mengalir.

6. Langkah ke- 6.
Setelah tulisan anda selesai, jangan langsung puas. Teliti kembali dan tulis ulang dengan perbaikan, revisi dan pengembangan. Bahkan jika perlu pemangkasan pada hal-hal yang dianggap tidak perlu dan mengganggu. Inilah saatnya anda mengedit naskah-naskah anda.
Demikian sekilas dari ringkasan sehari belajar menulis dengan Kang Abik. Dimana keesokan harinya bersama-sama para anggota pengajian Bapak/Ibu-ibu mesjid SIC, beliau menyampaikan betapa bagi seorang ibu RT, justru menulis adalah pekerjaan yang cocok bagi mereka. Karena mereka lebih bisa banyak membaca dirumah, banyak menulis.
Demikianlah sosok Kang abik yang cukup sederhana, walaupun uang tingkatan M dikantonginya hasil dari royalty penjualan novel tersebut, tetap saja kelihatan sederhana dan ramah, serta santun.

Catatan : Apakah yang melatar belakangi penulisan AAC bagi kang Abik?

Menurut penuturan beliau, novel AAC lahir, setelah beliau mengalami kecelakaan fatal pada kaki beliau(patah tulang), sehingga sangat tipis antara kematian dan kehidupan. Disanalah beliau menyadari, belum ada berbuat apa-apa sama sekali untuk dakwah, menolong agama Allah, untuk Islam. Akhirnya dengan segala tenaga , pikiran yang masih tersisa, beliau memulai penulisan tersebut. Dan beliau tidak menyangka sama sekali, kalau novel ini akan menjadi “The best seller”. “Wallahi (Demi Allah)”, tutur beliau, bukan uang yang dicari beliau saat akan menulis novel AAC tersebut, semata-mata menyadari hidupnya yang sangat tipis dengan kematian, tak sedikitpun ia merasa telah memperjuangkan agama Allah ini, diakhir sisa-sisa hidupnya.


Wassalamu’alaikum. Cairo, 25 April 2008 ".

Antara karya besar Kang Abik:

Thursday, May 08, 2008

Kekagumanku Terhadap Orang Tabligh


Suatu petang dalam minggu ini saya singgah untuk solat 'asar di Masjid India, Kuala Lumpur kerana ingin berjamaah memandangkan di sana solat 'asar didirikan dalam jam 5:30pm mengikut Mazhab Hanafi.

Sewaktu saya memasuki perkarangan masjid, saya terlihat 2 orang ahli Tabligh, yang saya kenal melalui cara mereka berpakaian, sedang berbincang dengan sorang lagi yang saya rasa merupakan seorang peniaga minyak wangi jalanan.

Melihat saya melangkah masuk ke masjid salah seorang darinya memandang kepada saya dengan penuh keramahan sambil mengisyaratkan kepada sebotol minyak wangi yang ingin disapukan kepada saya.

Saya tanpa ragu menghulurkan tangan kanan untuk disapu sedikit minyak wangi haruman kasturi itu. Harumnya kekal hingga ke malam.

Perkara itu kecil. Apalah berat sangat untuk memberi orang lain sedikit minyak wangi. Tapi, mampukah kita berbuat demikian dalam keadaan orang yang nak kita berikan itu tidak kita kenali dan belum pasti samada dia mahu menerima atau pelbagai reaksi yang akan melemahkan semangat kita ?

Saya berfikir dan berasa kagum melihat semangat beragama orang-orang Tabligh. Mereka begitu bersungguh-sungguh menghayati ajaran yang diajar dalam gerakannya menurut sumber pengambilan dari Al Quran dan Sunnah.

Ya benar, jika dikatakan orang-orang tabligh dengan pakaian formalnya iaitu berkopiah atau serban dengan berbaju kurta labuh serta berseluar ala India-Pakistan-Bangladesh (IPB) yang kadangkala dilihat selekeh dan tidak mengikut suasana moden.

Ihsan dari www.fotowarung.com melalui carian Google

Saya akui saya tidak berasa boleh serasi untuk bersama dengan kumpulan ini kerana ketidakmampuan saya sendiri. Tetapi hal itu tidak menutup mata saya melihat kebenaran dan kebaikan yang ada pada mereka.

Ya benar, jika dikatakan bahawa orang-orang tabligh tidak lain hanya berdakwah dalam perkara-perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah orang iaitu dengan tidak mencampuri persoalan semasa dalam ertikata tidak menyeluruh meliputi sistem politik, ekonomi dan sosial. Hanya membangkitkan persoalan ibadah khusus sahaja seperti mengajak orang berjemaah di surau masjid, keluar tiga hari atau empat bulan dan lain-lain yang menjadi rutin kumpulan ini.

Teringat di fikiran saya satu sabda Nabi s.a.w yang pernah saya pelajari di sekolah menengah dulu mengenai berbuat kebajikan dalam perkara-perkara kecil iaitu : " Janganlah kamu memandang kecil sesuatu perkara ma'ruf, walaupun sekadar berjumpa saudaramu dengan muka yang manis".

Semangat dan kesungguhan mereka dalam berdakwah tidak boleh dianggap kecil. Al Marhum Abul Hasan Al An Nadwy iaitu seorang ulama' yang dihormati di dunia Islam adalah antara orang yang banyak memuji kesungguhan kumpulan ini berdakwah di mana kumpulan ini boleh dijumpai hampir ke setiap pelusuk dunia. Hinggakan beliau menulis satu buku mengenai keperibadian Maulana Ilyas Rahmatullah alaihi, iaitu pendiri gerakan dakwah Tabligh dan beliau turut menulis kata-kata aluan dalam kitab yang menjadi rujukan kumpulan ini, kalau tak silap dalam kitab Muntakhabul Ahadith atau Fadhailul A'mal.

Sudah menjadi kebiasaan bagi ulama'-ulama' besar menulis kata-kata aluan dalam kitab-kitab yang walaupun dikarang oleh pengarang dari kumpulan Islam lain yang berbeza pendekatan fikrah dengan mereka. Contohnya jika kita membuka kitab Risalah Usrah karangan Abu 'Urwah, kita akan mendapati terdapat kata-kata aluan dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Hal ini menunjukkan keterbukaan para ulama' dan penghormatan terhadap sesama kumpulan yang memperjuangkan Islam.
Kekhilafan dalam masalah pendekatan dakwah dan pergerakan bukanlah sesuatu yang besar atau mendasar, asal sahaja saling memahami dan hormat-menghormati satu sama lain.
Selain itu, al Marhum Syeikh Said Hawwa, ulama' Ikhwan Syria-Jordan turut mencadangkan ahli-ahli Ikhwan agar turut terlibat dengan gerakan ini yang disifatkannya sebagai sebuah kumpulan dakwah yang diberkati, asal sahaja memahami adab-adab serta peraturan sesuatu kumpulan itu. Hal ini beliau nyatakan di dalam kitab Jundullah Takhthithan (Perancangan Tentera Allah) sebagai hasil pemikiran dan pengamatan beliau dalam usaha untuk mengumpul seluruh kekuatan umat Islam dalam suatu kelompok yang dinamakan sebagai Hizbullah. Dalam kitab tersebut juga alMarhum turut memuji jamaah-jamaah selain Ikhwan serta mengiktiraf peranan tertentu yang dimainkan oleh jamaah-jamaah tersebut.
Sekadar coretan untuk hari ini, wassalam.

Monday, May 05, 2008

Seorang Guru & Muridnya

Seorang guru akan sentiasa menjadi seorang guru selama hidupnya.

Seorang guru cukup berasa bermakna apabila bertemu dengan bekas muridnya walau bagaimana keadaan muridnya tersebut. Apatah lagi, bilamana kesan-kesan didikannya mampu dilihat pada muridnya.

Pertemuan guru dan murid mampu mengurangkan seketika tekanan dan bebanan yang diharungi dalam perjuangan hidup.

Guru atau pendidik yang baik ialah yang berlemah-lembut dan penuh kesabaran dalam mendidik anak-anak muridnya.

Terima kasih kepada semua guru-guruku!


Coretan : Di Antara Pujian Dan Celaan

Manusia akan biasa memuji atau mencelamu. Jangan kerana pujian manusia kita jadi lalai menyatakan kebenaran terhadapnya. Dan jangan kerana celaan manusia usahamu tersekat dan perjuanganmu terhenti.
Barangkali inilah antara lain tafsiran bagi tanda ikhlas pertama seperti kata-kata ulama';
" Tiga perkara yang merupakan tanda-tanda ikhlas : Kesamaan antara pujian dan celaan orang ramai, kelupaan melihat amal dan beramal dan mengkehendaki pahala amal itu di akhirat". (Rujuk Mukaddimah al Azkar, Imam Nawawi rahmatuLlah alaih)