Thursday, May 08, 2008

Kekagumanku Terhadap Orang Tabligh


Suatu petang dalam minggu ini saya singgah untuk solat 'asar di Masjid India, Kuala Lumpur kerana ingin berjamaah memandangkan di sana solat 'asar didirikan dalam jam 5:30pm mengikut Mazhab Hanafi.

Sewaktu saya memasuki perkarangan masjid, saya terlihat 2 orang ahli Tabligh, yang saya kenal melalui cara mereka berpakaian, sedang berbincang dengan sorang lagi yang saya rasa merupakan seorang peniaga minyak wangi jalanan.

Melihat saya melangkah masuk ke masjid salah seorang darinya memandang kepada saya dengan penuh keramahan sambil mengisyaratkan kepada sebotol minyak wangi yang ingin disapukan kepada saya.

Saya tanpa ragu menghulurkan tangan kanan untuk disapu sedikit minyak wangi haruman kasturi itu. Harumnya kekal hingga ke malam.

Perkara itu kecil. Apalah berat sangat untuk memberi orang lain sedikit minyak wangi. Tapi, mampukah kita berbuat demikian dalam keadaan orang yang nak kita berikan itu tidak kita kenali dan belum pasti samada dia mahu menerima atau pelbagai reaksi yang akan melemahkan semangat kita ?

Saya berfikir dan berasa kagum melihat semangat beragama orang-orang Tabligh. Mereka begitu bersungguh-sungguh menghayati ajaran yang diajar dalam gerakannya menurut sumber pengambilan dari Al Quran dan Sunnah.

Ya benar, jika dikatakan orang-orang tabligh dengan pakaian formalnya iaitu berkopiah atau serban dengan berbaju kurta labuh serta berseluar ala India-Pakistan-Bangladesh (IPB) yang kadangkala dilihat selekeh dan tidak mengikut suasana moden.

Ihsan dari www.fotowarung.com melalui carian Google

Saya akui saya tidak berasa boleh serasi untuk bersama dengan kumpulan ini kerana ketidakmampuan saya sendiri. Tetapi hal itu tidak menutup mata saya melihat kebenaran dan kebaikan yang ada pada mereka.

Ya benar, jika dikatakan bahawa orang-orang tabligh tidak lain hanya berdakwah dalam perkara-perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah orang iaitu dengan tidak mencampuri persoalan semasa dalam ertikata tidak menyeluruh meliputi sistem politik, ekonomi dan sosial. Hanya membangkitkan persoalan ibadah khusus sahaja seperti mengajak orang berjemaah di surau masjid, keluar tiga hari atau empat bulan dan lain-lain yang menjadi rutin kumpulan ini.

Teringat di fikiran saya satu sabda Nabi s.a.w yang pernah saya pelajari di sekolah menengah dulu mengenai berbuat kebajikan dalam perkara-perkara kecil iaitu : " Janganlah kamu memandang kecil sesuatu perkara ma'ruf, walaupun sekadar berjumpa saudaramu dengan muka yang manis".

Semangat dan kesungguhan mereka dalam berdakwah tidak boleh dianggap kecil. Al Marhum Abul Hasan Al An Nadwy iaitu seorang ulama' yang dihormati di dunia Islam adalah antara orang yang banyak memuji kesungguhan kumpulan ini berdakwah di mana kumpulan ini boleh dijumpai hampir ke setiap pelusuk dunia. Hinggakan beliau menulis satu buku mengenai keperibadian Maulana Ilyas Rahmatullah alaihi, iaitu pendiri gerakan dakwah Tabligh dan beliau turut menulis kata-kata aluan dalam kitab yang menjadi rujukan kumpulan ini, kalau tak silap dalam kitab Muntakhabul Ahadith atau Fadhailul A'mal.

Sudah menjadi kebiasaan bagi ulama'-ulama' besar menulis kata-kata aluan dalam kitab-kitab yang walaupun dikarang oleh pengarang dari kumpulan Islam lain yang berbeza pendekatan fikrah dengan mereka. Contohnya jika kita membuka kitab Risalah Usrah karangan Abu 'Urwah, kita akan mendapati terdapat kata-kata aluan dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Hal ini menunjukkan keterbukaan para ulama' dan penghormatan terhadap sesama kumpulan yang memperjuangkan Islam.
Kekhilafan dalam masalah pendekatan dakwah dan pergerakan bukanlah sesuatu yang besar atau mendasar, asal sahaja saling memahami dan hormat-menghormati satu sama lain.
Selain itu, al Marhum Syeikh Said Hawwa, ulama' Ikhwan Syria-Jordan turut mencadangkan ahli-ahli Ikhwan agar turut terlibat dengan gerakan ini yang disifatkannya sebagai sebuah kumpulan dakwah yang diberkati, asal sahaja memahami adab-adab serta peraturan sesuatu kumpulan itu. Hal ini beliau nyatakan di dalam kitab Jundullah Takhthithan (Perancangan Tentera Allah) sebagai hasil pemikiran dan pengamatan beliau dalam usaha untuk mengumpul seluruh kekuatan umat Islam dalam suatu kelompok yang dinamakan sebagai Hizbullah. Dalam kitab tersebut juga alMarhum turut memuji jamaah-jamaah selain Ikhwan serta mengiktiraf peranan tertentu yang dimainkan oleh jamaah-jamaah tersebut.
Sekadar coretan untuk hari ini, wassalam.

7 comments:

Anonymous said...

Salam..
Pemikiran penyatu guna untuk mengkoordinasikan jemaah-jemaah yang pelbagai method dan strategi dakwahnya harus dikembangkan.
Ala kulli hal tahniah dan teruskan menulis.

Anonymous said...

Salam....
Tabliq merupakan salah satu jemaah yang ada di M'sia. Apa yg saya tahu mereka hanya menegakkan amar makruf tapi tidak mencegah perkara mungkar. Jadi sebaiknya kita mencari jemaah yang lebih kepada syumul.
Walaupun jemaah yang berbeza tapi selagi mereka mengajak kepada Islam kita perlu meraikannya.
Pandangan saya terhadap apa yang saya ketahui.
Sila perbetulkan jika saya tersalah.

muhd_abduhu said...

Salam..

Syeikh Isma,
terima kasih atas ziarah ..barulah terasa diri ni blogger.

Sdri Hajar,
Mcmn dapat tau blog ni?

ala kulli hal, ana rase kita dah nampak jemaah mana yg mampu memimpin jemaah2 yg ada di m'sia.

baki lagi, kita nk perkemaskan kefahaman ahli2 jamaah ttg yang mana dikatakan perkara dasar, iaitu yg wajib dan perlu diterima oleh jamaah2 Islam dan yg mana yg boleh bertoleransi. Sambil mencari formula sesuai bagi penyatuan menyeluruh seluruh jamaah Islam.

Saya percaya setiap jamaah2 yg ada di negara kita punyai pendekatan dan penumpuan bidang tugas masing2 dan menampung kekurangan satu sama lain.

Saya juga percaya unsur2 kebaikan yg ada di setiap jamaah ini sedang menuju ke arah satu matlamat.

Sejarah kemenangan umat Islam adalah hasil penggembelingan seluruh unsur kekuatan tersebut. Contohnya kemenangan Salahuddin menakluk Baitul Maqdis adalah hasil usaha-usaha pentarbiyahan ulama Islam yg panjang dan memakan masa sebelum tenaga umat Islam dikerahkan untuk berjihad.

Bermula dengan ajaran Imam Ghazali dengan mendiagnosis penyakit masyarakat, memperbetulkan ulama' yang cenderung keduniaan dan mengajak umat memperbetulkan dalaman dahulu dengan amar makruf nahi mungkar sebelum dikerah berjihad melawan musuh diluar daerah.Sebab itu, dalam kitab Ihya' tiada subjek jihad diajarkan olehnya krn masalh dalaman umat Islam sendiri di sudut amalan agama dan kefahaman masih berkecamuk.

Selain itu muncul juga madrasah-madrasah pembaikan jiwa (tazkiyatun nafs) dan pemikiran yg tumbuh dengan pesat sblm dan selepasnya yg dipimpin oleh ulama'-ulama' Islam yg murabbi lagi mursyid.

Golongan inilah yg melawan arus pemikiran yang terpengaruh dengan ahli falsafah Yunani dan gerakan Bathiniyyah yg tidak boleh disesuaikan dengan falsafah Islam sptmana digariskan Syariat.

Jika dilihat kemenangan umat Islam Afghanistan pun adalah hasil keberkatan pimpinan AsSyahid Abdullah Azzam yg gigih menyatukan seluruh puak dan kumpulan jihad pada masa itu untk menentang Rusia yang saling berpecah sesama sendiri sebelum itu.

Pemerintahan PAS pimpinan TG Nik Aziz di negeri Kelantan selama 18 tahun adalah hasil hubungan yg baik dengan institusi raja, ulama', tok2 guru pondok, gerakan dakawah (abim,jim, tabligh dsb), para pendidik disekolah2, peniaga, profesional, pensyarah2 universiti dsb.


Era moden ini saya tidak melihat sesuatu masalah atau isu boleh ditackle oleh satu jamaah shj ttp perlu bergantung antara satu sama lain.Dengan kebanjiran isu kebejatan sosial, masalah kemiskinan melayu-Islam,kemasukan fahaman2 liberal-sekular, isu2 pendidikan , politik dsbnya tak mampu ditangani oleh satu kelompok jamaah semata2.

Inilah role model dari sejarah umat Islam yg panjang yg perlu kita ambil iktibar ana kira.

sufenaria said...

Salam...
Tulisan antum telah menambah pengetahuanku tentang orang tabligh. Walaupun saudara hajar berkata bahwa orang tabligh hanya mengajak pada amar ma'ruf tapi tidak pada mencegah yang mungkar, saya merasa mereka lebih baik dari pada saya sendiri yang belum bisa berbuat yang terbaik, tapi terus berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik.

Kadang saya suka berfikir, kapankah Daulah Khilafah bisa memimpin dunia untuk menghimpun semua kekuatan Islam yang sekarang ini masih terbagi-bagi dalam kelompok-kelompok Islam? Kalaulah Daulah Khilafah berdiri maka damailah dunia ini. Insya Allah.

Semoga semakin banyak pengetahuan yang bisa saya dapatkan dari membaca tulisan2 yang anda buat.
Afwan kalau komentarnya gak connect dan afwan juga kalau ada kesalahan dalam komentarku ini.
Wassalamu'alaikum.

Busuk.. said...

Dalam ajakan kepada yang ma'ruf, terselit cegahan pada yang mungkar.

Tabligh mengajak seluruh umat ini agar menyeru kepada kepada kebaikan dan dalam masa yang sama mencegah yang mungkar.

Apabila umat ini sibuk dengan usaha mengajak kepada kebaikan, maka umat secara tidak langsung akan meniggalkan yang mungkar.

Fikir-fikirkan..

Wallaahu a'laam..

Anonymous said...

kita biasa dengar sejarah bahawa nabi muhammad saw pergi berdakwah tapi kita tak pernah mersa pengalaman tersebut klau nak rasa pengalaman tu try lah keluar 3 hari dulu korban kan masa sedikit hanya untok agma allah tdak salahkan.... wa allah wu alam..

Anonymous said...

Assalam, dgn menegakkan perkara ya ma'ruf secara automatiknya kita akan mencegah perkara yg mungkar. Seperti contoh, apabila kita menegakkan solat ia akan menjauhkan kita dari perkara yg mmungkar.. innsyaAllah. Saya saran mereka yg ingin mengenali jemaah tabliq ni, utk keluar bersama mereka atleast 3 hari. Dari situ tuan2 akan lebih kenal dan faham apa yg mereka buat. MasyaAllah.