Monday, May 05, 2008

Seorang Guru & Muridnya

Seorang guru akan sentiasa menjadi seorang guru selama hidupnya.

Seorang guru cukup berasa bermakna apabila bertemu dengan bekas muridnya walau bagaimana keadaan muridnya tersebut. Apatah lagi, bilamana kesan-kesan didikannya mampu dilihat pada muridnya.

Pertemuan guru dan murid mampu mengurangkan seketika tekanan dan bebanan yang diharungi dalam perjuangan hidup.

Guru atau pendidik yang baik ialah yang berlemah-lembut dan penuh kesabaran dalam mendidik anak-anak muridnya.

Terima kasih kepada semua guru-guruku!


2 comments:

Anonymous said...

Pertama sekali aku terpaksa betulkan kenyataan kamu yang sangat merbahaya terhadap aku di perenggan yang terakhir sekali iaitu, “… tuduhan dan dakwaan yg penuh prasangka, berat dan mentakfirkan sesama gerakan Islam tidak akan dibuat oleh orang2 Islam yang waras dan berjiwa besar…”.

Kenyataan ini aku minta kamu tarik balik, sebab, aku tidak pernah mengkafirkan penganut demokrasi Islam ini. Kalau kamu faham sedemikian maka ianya adalah kerana kejahilan kamu dalam membezakan maksud sesat dan kafir. Sila rujuk balik kepada tulisan aku dan di manakah aku ada menuduh mereka menjadi kafir.

Aku ada katakan bahawa, golongan ‘ulama sebeginilah yang merupakan pelupur kepada jidal dan polemik yang merosakkan, mencipta bida’ah dholalah yang menyesatkan manusia serta menghalalkan yang haram. Yang ini aku akan tetap pertahankan. Dan dengan sebab itu mereka adalah sesat. Yakni, sesat dari pegangan Ahl Sunnah Wal Jama’ah. Mereka terkeluar dari kelompok tersebut yang merupakan Firqah yang Terselamat (Al-Firqah Al-Najiyyah). Bermakna mereka setara dengan Khawarij, Shi’ah, Jabbariyyah, Qadariyyah dan sebagainya. Bahkan, mereka ini amat mendekati kepada Muktazilah yakni firqah dari golongan yang mengutamakan akal berbanding kepada naqal.

Sehubungan dengan itu juga, aku telah memilih untuk merujuk kepada Kitab yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali rahimahuLlah iaitu Tahafutil Falasifah ketika aku memberi komentar terhadap Al-Bakistani dengan menyedut kata-kata oleh Imam Al-Ghazali rahimahuLlah terhadap golongan sebegini iaitu, “…mereka terjebak dalam taklid terhadap kekeliruan. Tidak ada martabat yang paling rendah di jagad Allah subhanahu wata’ala daripada martabat orang yang meninggalkan kebenaran yang diyakini secara taqlid dan beralih kepada penerimaan kebatilan dengan membenarkannya tanpa pengujian yang mendalam”. Demokrasi itu yang merupakan sebahagian dari aliran falsafah tidak diuji dan dikaji oleh mereka-mereka ini dengan mendalam tetapi mereka sanggup bertaqlid dalam kekeliruan dengannya sehingga sanggup meninggalkan taqlid terhadap kebenaran yakni Al-Sunnah.

Jika kamu berkata aku ini bertaqlid dan rigid maka jawapanku ialah, “Ya!, aku tidak akan sanggup untuk meninggalkan kebenaran yang aku yakini secara taqlid walaupun aku dianggap rigid. Ianya lebih mulia dari bertaqlid dalam kekeliruan”. Sekurang-kurangnya aku berpaut di dahan yang kukuh (yakni Firqah Najiyyah) dan bukan di ranting yang lemah. Tambahan lagi, Al-Sunnah yang ada sudah cukup bagi kita dan kita tidak perlu kepada satu yang baru bernama Demokrasi.

Sehubungan dengan ijtihad, kamu rujuklah kepada kesepakatan ‘ulama Ahl Sunnah Wal Jama’ah tentang kriteria mereka yang boleh berijtihad dan kamu bandinglah dengan orang-orang yang berkenaan. Aku tidak mendapati mereka mencapai tahap sebagai mujtahidin. Bahkan Ikhwan Al-Muslimin, Hamas, Gerakan Islam yang mula-mula lahir di Turki yang antaranya dipelupuri oleh Bediuzaman Sa’id Nursi rahmatuLlah ‘alaih dllnya begitu juga di India dan Pakistan tidak menerima demokrasi di ketika itu. Ini bermakna bahawa pelupur-pelupur gerakan Islam ketika itupun lebih rela untuk tidak meninggalkan kebenaran yang mereka yakini secara taqlid. Ini adalah kerana mereka amat berhati-hati dalam beragama. Angkatan yang barulah yang telah merobek-robekkan apa yang telah dipelupuri oleh pengasas pergerakan tersebut kononnya atas landasan ijtihad sebagaimana yang berlaku keatas Hamas.

Dan, masalah ummat “tidak berkumpul dalam kesesatan” pula, kamu juga perlu banding dengan sabda RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang antaranya berhubung dengan “fitan” dan “Islam itu akan kembali asing, sebagaimana Islam itu asing pada mulanya”. Nah, ada pertentangankah ini, atau, ada tahapan-tahapan yang akan dilalui oleh Ummat?. Kini, mereka yang mempertahankan Al-Sunnah telah menjadi terasing dibandingkan dengan mereka yang mempertahankan Demokrasi Islam. Renungilah!

Rizal said...

Assalamualaikum.

Apa khabar Zulkhairi? Lama tak jumpa. Btw, saya pun dah lama tak jumpa ustaz Nasa. Kali terakhir jumpa rasanya sebelum dia jadi Timbalan Presiden.