Friday, January 11, 2008

Nota Kuliah : Islam Liberal

Berikut adalah nota berkenaan Islam Liberal yang disampaikan dalam salah satu program pengisian adik-adik kampus tahun lepas .

Sekadar perkongsian...

“ Dan bahawsanya inilah jalanku ( Islam) yang mustaqim (kurus), maka turutilah ia.Dan jangan kamu turuti jalan2 yang lain dari Islam kerana ia akan mencerai beraikan kamu dari jalan Allah . Demikianlah yang diperintahkan Allah kepada kamu supaya kamu bertaqwa.” -Surah Al An’am ayat 153-

Latarbelakang :


Kebelakangan ini heboh berkenaan siri - siri serangan terancang terhadap Islam di negara ini seperti penubuhan Inter Faith Commission (IFC), kes Lina Joy serta pandangan liberal yang tersebar di kalangan massa yang memerlukan umat Islam menyelami maksud dan hakikat sebenar di sebalik semua itu.

Ia sebenarnya adalah buah buah pemikiran Islam Liberal yang mula berani dizahirkan kepada masyarakat atau test case kepada sentimen umat Islam di negara kita.


Justeru pembentangan ini mencari jawapan terhadap persoalan berikut:


1. Apakah wujud agenda disebalik semua serangan tersebut?


2. Maksud pemikiran Islam Liberal?


3. Produk-produk Islam Liberal ?


4. Kepercayaan Islam Liberal ?


dan sebagainya yang akan dipaparkan secara umum dalam pembentangan di sini.

Apa itu pemikiran Islam Liberal (ISLIB)?


  • Pemikiran baru dalam umat Islam yang ingin mensesuaikan umat Islam dengan arus moden ala barat

  • Defenisi : Pemikiran yang membebaskan umat Islam dari Islam yang satu, yang disepakati & established (mapan)

  • Tidak diiktiraf sebagai dari mazhab Islam

  • Hakikatnya, ia pemikiran Liberal barat yang ditujukan kepada Islam

    Ciri-ciri, antara lain;
  • Beri tafsiran kepada Islam yang selari dengan pemikiran post modernisme barat.
  • Bersifat dekonstruktif iaitu merombak apa yang established dalam ajaran Islam spt, mushaf uthmani, hukum menutup aurat, idea negara Islam, kaedah tafsir Al Quran bahkan seluruh agama Islam ini ingin disamakan dengan agama lain dsb.
  • Sumber pengambilannya adalah dari kajian orientalis barat, metod-metod kajian agama lain, ajaran human right, falsafah secular dan pandangan-pandangan yang lemah atau kontoversi dari bahan turath Islam yang ditolak oleh majoriti ulama’ Islam.
  • Mensifatkan Islam itu banyak iaitu plural (Islams) ada Islam sufi, islam politik, islam liberal, islam tradisional, islam moden dsb.dan ada mana-mana golongan boleh mendakwa pendapatnya adalah lebih benar dan tepat menurut wahyu sebenar. Slogan mereka : "TRUTH IS SUBJECTIVE".

Faktor Berkembangbiak Pemikiran ISLIB:

  • Kejahilan masy Islam
  • Islam tidak memerintah dengan sempurna dalm sektor hidup
  • Ulama’ disekat menyampaikan kebenaran Ilmu islam dihakis
  • Corak masyarakat yang ingin bebas dari agama

Produk-produk ISLIB @ Pegangannya;

  • Menyokong dan mempromosi idea negara Sekular. Kerana atas alasan negara secular mampu menampung elemen kebaikan dan kemaksiatan sekaligus serta percata bhw masa depan Islam dan agama lain bergantung kepada sejauh mana ia mampu berinteraksi dengan dunia yang semakin secular.
  • Pluralisme agama . Tiada mana-mana agama yang boleh mendakwa ia agama paling benar bahkan akan dianggap agama jahat (the evil religion)
    Islam iktiraf kepelbagaian agama dalam masyarakat tetapi menolak penyamatarafan semua agama kerana muslim hanya percaya Islam adalah agama paling benar dan di terima Allah.

    ISLIB menganggap semua agama dalamnya (batinnya) sama iaitu menuju kepada tuhan yang satu tetapi hanya zahir atau luaran sahaja berbeza berslogankan "Satu Tuhan Banyak Jalan".

  • Al Quran versi Kritis dan tafsiran ala hermeneutik untuk memperbetulkan ayat-ayat dalam Bible dan mentafsirkan Bible ( diceduk dari kaedah Kristien yang tidak asli dari wahyu sebenar kerana bercampur-campur dengan pendapat pengarang Bible itu sendiri) untuk merombak kaedah tafsir menurut tradisi Islam atas alasan mencari nilai kebenaran dari wahyu Tuhan. Suatu usaha atau upaya merobak mushaf uthmani.

    Padahal Islam ajar seluruh Quran adalah kalam Allah yang tidak boleh dipersoalkan atau dipermasalahkan mana-mana ayatnya kerana itulah kebenarannya. Cuma tafsirannya sahaja yang berbeza menurut kaedah tafsir Islam yang ketat dan established.

  • Feminisme – bertujuan untuk persamaan gender.Anggap wanita dinegara islam mundur kerana hokum yang ada menindas wanita Islam. Dimana hokum syariah yang membeza hokum antara lelaki dan perempuan dalam Islam dianggap tidak adil pada mereka dan perlu dirombak., contohnya:
    1) Poligami tidak sah dan adil
    2) Perkahwinan muslimah dengan bukan Islam dianggap sah
    3) Iddah bukan sahaja untuk wanita tetapi juga lelaki.
    4) Isteri boleh jatuhkan talak
    5) Hak pewarisan lelaki dan wanita mesti disamakan.
    6 )Wanita boleh menjadi Imam.


    Gerakan Penghapusan Islam

  • IFC – Interfaith Commission sebarkan faham pluralisme agama. Juga disokong oleh kumpulan dan individu yang berwajah Islam tetapi tidak mempunyai hubungan aqidah dan batin dengan Islam.

  • Berselindung disebalik gerakan perjuangan hak asasi dan kebebasan
    Contohnya gerakan liberal menyokong semua perkara yang juga dituntut oleh parti2 pembangkang termasuk parti Islam tetapi dlm masa yang sama membawa faham liberal dalam masyarakat

    Politik Islam membolehkan kita bergabung dengan mana-mana kumpulan yang mempunyai tujuan yang sama iaitu setakat untuk menumbangkan kezaliman menegakkan keadilan tetapi menentang usaha2 merungkai ajaran Islam itu sendiri.

  • Berselindung disebalik gerakan sekularisasi dalam:
  • Sektor pendidikan, mengurangkan sukatan agama Islam dan membuang subjek berkenaan jihad kerana tekanan barat
  • Sektor politik – mempromosikan negara sekular atau islam liberal yang antara prinsipnya boleh bertoleransi dengan menggadaikan prinsip aqidah dengan ugama lain.
  • Sektor masyarakat dan kebudayaan- gerakan SIS, filem-filem yang menonjolkan masyarakat liberal yang kononnya tidak jumud seperti gubra sepet dll.

  • Melatih kader-kader Islam liberal melalui perkumpulan atas nama perbincangan intelektual dan kajian bahan-bahan turath Islam yang kontroversi.

  • Anjur forum-forum yang mempromosi gerakan ini.
  • Mendapat perlindungan dari tokoh-tokoh berpengaruh.

Cadangan:

  • Dakwah berterusan melalui siri-siri penerangan berkala kepada masy campus ttg bahaya Islam liberal
  • Berani menyuarakan pandangan Islam sebenar dalam forum-forum.
  • Membuat kajian dan bahan perbincangan usrah terhadap fahaman ini dan isu-isu semasa.

    - abduhu, dimasukkan semula pada 10 April 2008 6:11 pm, USJ -

Thursday, January 03, 2008

Dia Sahabatku

Dia sahabatku

Dia sahabatku

Sewaktu dahulu bersamaku

Melalui lorong-lorong pentarbiyahan diri ini

Di atas jejak tinggalan pewaris Para Nabi

Tiba-tiba dia telah dipaksa meninggalkanku

saat dirinya masih memerlukan perhatianku dan teman-teman,


Sunyi di perjalanan membawa diri,

Tanpa teman seperjuangan dan simpati,


Lalu dia sahabatku, yang masih mencari jatidiri itu

telah menjumpai sesuatu yang dikiranya gah pada akal fikirnya

Lantas mengkagumi dan menjiwainya


Dan malang baginya,

kerana apa yang dikagumi dan dijiwainya itu,

pada hakikatnya tidaklah seteguh seperti yang disangkakan


Malah lebih malang lagi kerana dia sekarang telah meninggalkan

buah-buah keimanan dan warisan tinggalan pewaris Para Nabi

Yang pernah dikutipnya dahulu bersamaku dan teman-teman

Lantas dengan itu juga,

bermulalah paluan gendang permusuhan antara aku dan dia

Atas nama aqidah perjuangan.


Aku memohon keampunan Ilahi

Jika ada dosaku yang pernah melalaikan hak persahabatan terhadapmu

Yang menyebabkan dirimu sekarang berada di lembah yang disitu

Bukan yang di lembah bersama denganku di sini.



Dari kejauhan ini,

ku doakanmu sahabatku

Kembali semula seperti dahulu

Kepada fikrah perjuangan yang satu

Atas nama dua kalimah penyaksian.




Abduhu,
-27 disember 2007, 2;07am, Bangi-

Tuesday, December 18, 2007

UKHUWAH ITU RUKUN SEORANG MUKMIN


Ukhuwah secara bahasanya bermaksud persaudaraan. Ku kenali istilah tersebut, seawalnya secara teori dan amali sewaktu bersekolah menengah asrama penuh, kira-kira 12 tahun dahulu.

Ku kira ukhuwah adalah unsur penting bagi mengikat hati-hati sekumpulan manusia dalam mana-mana tempat dan keadaan. Apatah lagi ukhuwah menjadi rukun yang penting bagi organisasi gerakan Islam yang mengumpulkan pelbagai latarbelakang dan ragam manusia serta cara berfikir untuk ditautkan hati-hati mereka di atas sesuatu isu atau keputusan.

Ukhuwahlah yang menjadi pemangkin yang membantu seseorang boleh berlapang dada dengan orang lain walaupun berbeza pendapat, disamping kefahaman yang selaras, peraturan organisasi, hukum-hakam serta akal yang sihat.

Ukhuwah kadangkala mudah dan cepat suburnya dan adakalanya lambat dan sukar serta memerlukan masa yang panjang untuk bermujahadah. Pengalaman mengajar kita sedemikian. Kadangkala kita cepat mesra dengan seseorang yang baru sahaja dikenali dan dalam masa yang sama kita lambat mesra dengan orang yang telah lama kita kenali.

Ku kira bagi seorang muslim mukmin, perasaan ukhuwah yang disuburi dengan imanlah yang menyebabkan hati bersedih bilamana melihat kesengsaraan dan kezaliman yang menimpa umat Islam di Palestin baik, di Iraq serta di selatan Thai dan sebagainya, selain unsur manusiawi yang Allah jadikan dalam setiap diri manusia tanpa mengira kepercayaan atau kaum.

Sabda Nabi junjungan sallaHu 'alaihi wasallam dalam perkara ini ada benarnya seperti maksud hadis di sini :

"Ruh-ruh itu bagaikan satu batalion tentera ( junudul mujannadah). Mana-mana yang ia kenal ia akan masuk bersatu, dan mana-mana yang ia tidak kenal/serasi, ia tidak akan masuk bersatu"

Ukhuwah, ku kira, termasuk dalam unsur ruh yang tidak dapat disukat dengan sukatan kasar atau fizikal. Namun kesannya boleh dilihat di alam nyata melalui kesungguhan atau komitmen dalam menjaga hubungan, cepat memberi respons dan organisasi yang lancar walau dengan arahan dan tunjukajar yang ringkas.

Kadangkala, sebagai anggota gerakan Islam, kita turut ter'ghurur' (tertipu) dengan perisai ukhuwah bilamana ia dijadikan alasan apabila berhadapan dengan masalah prinsip yang perlu dipertahankan atau mem'backing' sahabat karib atau diri sendiri yang menyalahi prinsip tersebut. Contoh kecil yang berlaku ialah dalam e-group. Bilamana ada ahli yang menegur ahli lain dalam sesuatu perkara yang dikira menyalahi prinsip, maka akan ada watak pendamai yang membawa mesej ukhuwah contohnya seperti " Jangan gaduh-gaduh" yang bertujuan meredakan kepanasan yang berlaku dalam e-group.

Ku kira tindakan sebegini, perlu juga diberi pujian. Namun dalam masa yang sama yang salah dan yang benar itu perlu dijelaskan secara jelas menurut adab-adab akhlak Islamiah supaya isu sebenar tidak dipesongkan atas alasan 'menjaga ukhuwah'.

Oleh itu ukhuwah itu sendiri tegaknya dengan kefahaman yang benar pada sesuatu permasalahan.

Ukhuwah itu suatu yang suci sesuci ingatan Junjungan mulia tehadap umat sewaktu maut hampir datang menjemput Baginda. Ia juga sesuci seperti sucinya tangan-tangan kaum muslimin yang sanggup mengangkat pedang terhadap kaum keluarganya sendiri yang masih musyrik sewaktu pertempuran dua golongan , golongan iman dan golongan syirik dalam Perang Badar.

Orang-orang yang menuturkan ukhuwah tidak ramai yang mampu menggalas beban ukhuwah dalam bentuk bergerak kerja dalam jamaah. Ada yang hanya mampu melihat bebanan sahabat melaksanakan sesuatu program tanpa merasa perlu meringankan beban sahabat tersebut walau sekadar kata-kata sokongan atau setinggi-tingginya meng'offer'kan diri menjadi AJK. Ku kira ujian sebenar ukhuwah berlaku di sini.

Ku kira juga ukhuwah yang hakiki tidak terbina dengan slogan-slogan yang boleh dihias dengan bunga-bunga bahasa sebagai tema suatu program. Ukhuwah yang hakiki ku kira, akan subur selama mana sahabat-sahabat yang pernah berukhuwah itu, menghubungkan dirinya pada tali Allah yang menjadi asas bermulanya persaudaraan mereka itu. Selama mana jarak dan masa memisahkan, ukhuwah takkan tergugat selagi berpegang pada asas yang pernah membina ukhuwah itu sendiri suatu ketika dahulu.

Kepada Allah kuserahkan segala urusan atas kelemahanku menanggung beban ukhuwah fiLlah yang diungkapkan di ruangan ini....

"Semoga Ukhuwah FiLlah Subur Selamanya"

Wassalam.

- abduhu, 3:07 am, Bangi -

Saturday, January 20, 2007

Selamat Tahun Baru Islam

Selamat Tahun Baru Islam, 1428H!

Thursday, January 18, 2007

kumpulan kertas-kertas kerja ilmiah 'berat'.

http://alambuku.tripod.com/pdf/ISoITCD%20XP.pdf
" afa hasibtum annama khalaqnakum 'abasa wa antum ilaina la turja'un. Fata'alalLahul malikul haqqu la ilaha illahu 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul 'arsyil kariiim "

( alunan ketika pulang dari kerja, 17/01/2007)

Wednesday, January 17, 2007

Kebenaran( dilema antara 'Sejarah' dan 'Undang-undang' )

Kebenaran
( dilema antara 'Sejarah' dan 'Undang-undang' )

Sejarah menggali dan mendedahkan fakta sebenar dan mengemukakan teori masa depan berdasarkan kebenaran fakta yang didapati.

Undang-undang pula menyelidiki fakta dan menghujahkan kebenaran berdasarkan fakta dalam kerangka undang-undang yang benar (adil) atau batil ( tidak adil)

yang mana satu menjadi pilihan?

Tuesday, January 09, 2007

Pilihanraya Di Sudut Aqidah

PILIHANRAYA DI SUDUT AQIDAH
(Huraian dari pengisian usrah Jaringan Siswazah Malaysia, 07 Januari 2007 yang disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Mansor Bin Sulaiman, M.A UKM)

Di dalam sejarah umat manusia, Islam mengajar kita bahawa akan senantiasa ada pertembungan di antara golongan yang hak dengan golongan batil .

Pertembungan ini dalam ilmu Islam dikenali sebagai Sunnah At Tadafu' (Sunnah pertembungan). Sunnah ini merupakan salah satu daripada Sunnatullah yang pasti akan berlaku sepanjang zaman sebagaimana yang difahami bentuk penceritaannya dari sumber agung AlQuranul Karim.

Tujuan Allah Ta'ala menetapkan sunnnah ini tidak lain tidak bukan ialah bertujuan membezakan antara yang baik ( at tayyib ) dengan yang buruk ( al khabith ) di kalangan umat manusia.

Sunnah ini berlaku sesama manusia yang melibatkan pertembungan antara golongan yang mengikut kebenaran Islam, yang dinamakan orang-orang mukminin dengan golongan penentangnya yang tergolong di kalangan musyrikin, kafirin atau pun munafiqin.

Sunnah ini juga boleh berlaku di kalangan orang-orang orang yang beriman bagi tujuan menyaring orang-orang beriman dengan ujian-ujian untuk menguji keimanannya kepadsa Allah. Dalam konteks ini, ia dikenali sebagai Sunnah At Tamyiz, yakni sunnah penyaringan keimanan.

Fenomena Sunnah At Tadafu' ini memperlihatkan kesungguhan golongan hak mempertahankan aqidah dan prinsip yang dianut ketika berhadapan dengan ketaksuban golongan batil yang juga mempunyai prinsip dan aqidah mereka tersendiri serta memerangi golongan hak. Golongan yang teguh memegang prinsip yang dianut, pasti akan mencapai kemenangan dalam perjuangan mereka walaupun mengambil masa yang begitu lama atau memilih antara kemenangan atau syahid pada jalan Allah.

Bentuk-bentuk pertembungan melibatkan pertembungan di sudut idea atau fikrah, pengucapan dan juga secara fizikal. Telah banyak yang dilihat di sepanjang zaman bahawa tidak sedikit golongan hak yang mengalami serangan fizikal hingga ke tahap kehilangan nyawa bilamana mempertahankan aqidah keimanan di hadapan golongan batil sepertimana yang dirakamkan di dalam surah al Buruj iaitu kisah Ashabul Ukhdud.


(bersambung...)

- muhd_abduhu, 09 Januari 2007-

Monday, October 30, 2006

Hari Kembali ke Fitrah !

Alhamdulillah, akhirnya kembali jua kita ke Hari Eidul Fitri yang dinanti. Tahun ini ada beberapa peristiwa untuk NS dan keluarga ingati :

~ 27 Ramadhan 1427 Hari kehilangan kami sekeluarga akan nenek kesayangan Esah Ibrahim kepangkuan Ilahi, moga rohny adi kalangan para solehat.
~ 2 Syawal 1427 merupakan hari Kembara WKD 4486 yg julung kali dari Timur Msia ke selata tanah air. Alhamdulillah kami selamat tiba dan seronok dengan trip yang dilalui.
~ Sebenarnya eid kali ini juga diceriakan dengan kehadiran anak saudara baru " Nur Irdina Huda Zulkifli". Waaa..cantik kan namanya. Ini merupakan cucu terbaru dlm keluarga Sarun Hj Amin.
~ Tahun ini juga merupakan tahun NS tidak berbalas atau menghantar sbrg utusan SMS kpd sahabt handai disebabkan ketiadaan telefon bimbit peribadi. Yg ada cuma handphone suami, so no kwn2 pun tak ramai yg adaa. Jdnya, NS mohon maafla pd semua yg mengenali diri atas segala kesalahan yg pernah dilakukan sama ada secara sengaja mahupun tak sengja. Mudah2 ukhuwah sesama kita akan lestari sealamanya.

NS berhajat nk tulis nama semua kengkawan NS sejak sekolah rendah sampaila jiran2 tetangga yg duk dekat2 umah ni ..tapi mgkn tak sempat hari ini. Jumpa lagi di lain kali.

Wassalam.

~NS

Friday, March 11, 2005

Kita & Dia - Perjanjian Abadi Selamanya

Salam Ukhuwwah Islamiyyah ...

Alhamdulillah lembaran "Kita dan Dia" kini memulakan nafas awalnya. Di akhir Muharam 1426H, mudah2an nafasnya adalah nafas syukur sang abid kepada TuhanNya yang memanjangkan umur, yang melimpahkan kurnia dan terus-terusan memberi peluang untuk kita meningkatkan amalan selagi nafas belum tiba ke penghujungnya.

"Kita" - adalah mereka yang bernama hambaNya manakala "Dia" semestinya Tuhan Semesta Alam Maha Perkasa Maha Berkuasa.

Jumaat, 30 Muharam - Inilah blog kita. Segala catatan berguna, jika dapat dikongsi manfaat - maka ambillah daripadanya.

Selamat meneruskan pembacaan untuk hari-hari seterusnya!