Wednesday, April 30, 2008

Kata-kata Hari Ini


Mencintai unsur kebenaran tanpa menyandarkan kepada individu melahirkan kasih sayang dan keadilan.

Sebaliknya mencintai individu tanpa unsur kebenaran yang mendokongnya melahirkan sifat pilih kasih, pentingkan diri sendiri (self-centered) dan kezaliman.

Menurut ulama' usuluddin, kebaikan dan keburukan adalah apa yang dinyatakan baik dan buruk oleh timbangan Syara' bukannya akal semata-mata.

Friday, April 25, 2008

Ayat-ayat Cinta Hari Ini

Firman Allah Ta'ala:
"Janganlah sesekali engkau mengarahkan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di kalangan mereka ( yakni orang-orang kafir) dan janganlah engkau bersedih hati terhadap mereka dan rendahkankah dirimu terhadap orang-orang beriman".
(Terjemahan dari Surah al Hijr: Ayat 88)


Menurut al-Marhum Syeikh Muhammad Al-Ghazali, seorang ulama' Mesir di zaman ini di dalam bukunya Fiqh Sirah, ayat ini (dan beberapa ayat lain yang tidak disebutkan di sini) bahawa ulama' mufassirin (ulama' tafsir) menerangkan bahawa firman Allah tersebut ditujukan kepada umat Islam melalui peribadi Nabi Muhammad s.a.w. Ini sama halnya dengan perintah yang ditujukan kepada panglima perang, walhal setiap anggota pasukanlah yang melaksanakannya.
Menurut beliau lagi, dikatakan juga bahawa firman ini (dan beberapa firman yang tidak disebutkan di sini) ditujukan kepada Rasulullah s.a.w untuk mengugah perhatian dan membangkitkan tekad. Sama halnya dengan kalimat " jangan kecil hati" yang ditujukan kepada seseorang yang kuat tekad (dan azamnya), atau pun sama dengan kalimat " jangan lengah" (bahasa indonesia) yang ditujukan kepada seseorang yang berakal sihat dan berfikiran cerdas. Pada hakikatnya, kedua jenis orang itu tidak perlu dikhuatiri akan berkecil hati dan akan lengah.

Jadi perintah tersebut bersifat mendorong supaya berusaha lebih kuat berusaha, lebih cerdas berfikir dan (supaya) lebih berani. Orang seperti itu pasti akan bertambah berani mati jika dikatakan kepadanya: " Jangan jadi pengecut!...".

- abduhu, : 25hb April 2008 11:04 am, USJ -

Thursday, April 10, 2008

Isu Sufiah

Isu yang cukup berat untuk diperkatakan. Umat Islam di dunia khasnya menerima tamparan yang cukup hebat dengan isu ini.

Ia berkenaan isu sosial masyarakat Islam. Juga isu pertahanan aqidah dan jati diri umat Islam dalam menghadapi arus kemodenan. Tak ketinggalan juga isu mencari model sistem pendidikan serta berhubungkait dengan sistem kekeluargaan Islam.

Hakikatnya, yang 'menelanjangi' Sufiah selain pilihan beliau sendiri adalah faham sekularisme, liberalisme dan isme-isme lain yang seangkatan dengan.

Apakah ada justifikasi yang boleh diberikan bilamana perkataan "I have no regret" dituturkan oleh seorang Muslim atas perbuatan keji yang diharamkan oleh agama selain dari pengaruh fahaman tersebut?

Fahaman tersebutlah yang banyak membawa kerosakan kepada umat Islam. Dari masalah dalaman rumahtangga hingga ke luar rumah, faham tersebutlah menjadi penyumbang utamanya.

Fahaman tersebutlah yang merasuk umat Islam supaya menjadi tak tentu arah dan hilang pedoman.

Fahaman tersebut jugalah yang membuka ruang untuk umat Islam memilih cara hidup (baca : sistem) selain cara hidup Islam yang sempurna yang ditetapkan oleh Allah Ta'ala.

Fahaman tersebut masuk ke dalam polisi-polisi pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan sebagainya di tanahair umat Islam.

Justeru, masanya telah tiba untuk memuhasabah ke dalam diri sejauh mana virus fahaman tersebut telah memakan sel-sel pertahan aqidah diri kita, keluarga dan masyarakat amnya.

Wassalam.

- abduhu, 10 April 2008, 6:36 pm, USJ -

Wednesday, April 09, 2008

Alhamdulillah, Syukur KepadaNya & Terima Kasih

Terima kasih kepada sahabatku Sdr. Haris http://sandakanorigin.blogspot.com/, peguam muda dari Perak yang mengingatkan saya supaya mengemaskini blog yang sudah lama tak tersentuh ini.

Selamat memulakan perjuangan (untuk sekian kalinya) melalui blog. Semoga istiqamah dalam perkara kebaikan walaupun sedikit.


p/s: Terima kasih juga kepada isteri dan sahabat-sahabat yang menyambut hari lahir ku baru-baru ini walau pun hanya dengan doa dan ucapan kata-kata yang baik. Semangat yang kalian berikan membuat hidup ini dipenuhi makna. Sesungguhnya segala pujian hanyalah bagi Allah semata-semata.

- abduhu, 09 April 2008, 12:04 pm, Subang Jaya.