Friday, January 11, 2008

Nota Kuliah : Islam Liberal

Berikut adalah nota berkenaan Islam Liberal yang disampaikan dalam salah satu program pengisian adik-adik kampus tahun lepas .

Sekadar perkongsian...

“ Dan bahawsanya inilah jalanku ( Islam) yang mustaqim (kurus), maka turutilah ia.Dan jangan kamu turuti jalan2 yang lain dari Islam kerana ia akan mencerai beraikan kamu dari jalan Allah . Demikianlah yang diperintahkan Allah kepada kamu supaya kamu bertaqwa.” -Surah Al An’am ayat 153-

Latarbelakang :


Kebelakangan ini heboh berkenaan siri - siri serangan terancang terhadap Islam di negara ini seperti penubuhan Inter Faith Commission (IFC), kes Lina Joy serta pandangan liberal yang tersebar di kalangan massa yang memerlukan umat Islam menyelami maksud dan hakikat sebenar di sebalik semua itu.

Ia sebenarnya adalah buah buah pemikiran Islam Liberal yang mula berani dizahirkan kepada masyarakat atau test case kepada sentimen umat Islam di negara kita.


Justeru pembentangan ini mencari jawapan terhadap persoalan berikut:


1. Apakah wujud agenda disebalik semua serangan tersebut?


2. Maksud pemikiran Islam Liberal?


3. Produk-produk Islam Liberal ?


4. Kepercayaan Islam Liberal ?


dan sebagainya yang akan dipaparkan secara umum dalam pembentangan di sini.

Apa itu pemikiran Islam Liberal (ISLIB)?


  • Pemikiran baru dalam umat Islam yang ingin mensesuaikan umat Islam dengan arus moden ala barat

  • Defenisi : Pemikiran yang membebaskan umat Islam dari Islam yang satu, yang disepakati & established (mapan)

  • Tidak diiktiraf sebagai dari mazhab Islam

  • Hakikatnya, ia pemikiran Liberal barat yang ditujukan kepada Islam

    Ciri-ciri, antara lain;
  • Beri tafsiran kepada Islam yang selari dengan pemikiran post modernisme barat.
  • Bersifat dekonstruktif iaitu merombak apa yang established dalam ajaran Islam spt, mushaf uthmani, hukum menutup aurat, idea negara Islam, kaedah tafsir Al Quran bahkan seluruh agama Islam ini ingin disamakan dengan agama lain dsb.
  • Sumber pengambilannya adalah dari kajian orientalis barat, metod-metod kajian agama lain, ajaran human right, falsafah secular dan pandangan-pandangan yang lemah atau kontoversi dari bahan turath Islam yang ditolak oleh majoriti ulama’ Islam.
  • Mensifatkan Islam itu banyak iaitu plural (Islams) ada Islam sufi, islam politik, islam liberal, islam tradisional, islam moden dsb.dan ada mana-mana golongan boleh mendakwa pendapatnya adalah lebih benar dan tepat menurut wahyu sebenar. Slogan mereka : "TRUTH IS SUBJECTIVE".

Faktor Berkembangbiak Pemikiran ISLIB:

  • Kejahilan masy Islam
  • Islam tidak memerintah dengan sempurna dalm sektor hidup
  • Ulama’ disekat menyampaikan kebenaran Ilmu islam dihakis
  • Corak masyarakat yang ingin bebas dari agama

Produk-produk ISLIB @ Pegangannya;

  • Menyokong dan mempromosi idea negara Sekular. Kerana atas alasan negara secular mampu menampung elemen kebaikan dan kemaksiatan sekaligus serta percata bhw masa depan Islam dan agama lain bergantung kepada sejauh mana ia mampu berinteraksi dengan dunia yang semakin secular.
  • Pluralisme agama . Tiada mana-mana agama yang boleh mendakwa ia agama paling benar bahkan akan dianggap agama jahat (the evil religion)
    Islam iktiraf kepelbagaian agama dalam masyarakat tetapi menolak penyamatarafan semua agama kerana muslim hanya percaya Islam adalah agama paling benar dan di terima Allah.

    ISLIB menganggap semua agama dalamnya (batinnya) sama iaitu menuju kepada tuhan yang satu tetapi hanya zahir atau luaran sahaja berbeza berslogankan "Satu Tuhan Banyak Jalan".

  • Al Quran versi Kritis dan tafsiran ala hermeneutik untuk memperbetulkan ayat-ayat dalam Bible dan mentafsirkan Bible ( diceduk dari kaedah Kristien yang tidak asli dari wahyu sebenar kerana bercampur-campur dengan pendapat pengarang Bible itu sendiri) untuk merombak kaedah tafsir menurut tradisi Islam atas alasan mencari nilai kebenaran dari wahyu Tuhan. Suatu usaha atau upaya merobak mushaf uthmani.

    Padahal Islam ajar seluruh Quran adalah kalam Allah yang tidak boleh dipersoalkan atau dipermasalahkan mana-mana ayatnya kerana itulah kebenarannya. Cuma tafsirannya sahaja yang berbeza menurut kaedah tafsir Islam yang ketat dan established.

  • Feminisme – bertujuan untuk persamaan gender.Anggap wanita dinegara islam mundur kerana hokum yang ada menindas wanita Islam. Dimana hokum syariah yang membeza hokum antara lelaki dan perempuan dalam Islam dianggap tidak adil pada mereka dan perlu dirombak., contohnya:
    1) Poligami tidak sah dan adil
    2) Perkahwinan muslimah dengan bukan Islam dianggap sah
    3) Iddah bukan sahaja untuk wanita tetapi juga lelaki.
    4) Isteri boleh jatuhkan talak
    5) Hak pewarisan lelaki dan wanita mesti disamakan.
    6 )Wanita boleh menjadi Imam.


    Gerakan Penghapusan Islam

  • IFC – Interfaith Commission sebarkan faham pluralisme agama. Juga disokong oleh kumpulan dan individu yang berwajah Islam tetapi tidak mempunyai hubungan aqidah dan batin dengan Islam.

  • Berselindung disebalik gerakan perjuangan hak asasi dan kebebasan
    Contohnya gerakan liberal menyokong semua perkara yang juga dituntut oleh parti2 pembangkang termasuk parti Islam tetapi dlm masa yang sama membawa faham liberal dalam masyarakat

    Politik Islam membolehkan kita bergabung dengan mana-mana kumpulan yang mempunyai tujuan yang sama iaitu setakat untuk menumbangkan kezaliman menegakkan keadilan tetapi menentang usaha2 merungkai ajaran Islam itu sendiri.

  • Berselindung disebalik gerakan sekularisasi dalam:
  • Sektor pendidikan, mengurangkan sukatan agama Islam dan membuang subjek berkenaan jihad kerana tekanan barat
  • Sektor politik – mempromosikan negara sekular atau islam liberal yang antara prinsipnya boleh bertoleransi dengan menggadaikan prinsip aqidah dengan ugama lain.
  • Sektor masyarakat dan kebudayaan- gerakan SIS, filem-filem yang menonjolkan masyarakat liberal yang kononnya tidak jumud seperti gubra sepet dll.

  • Melatih kader-kader Islam liberal melalui perkumpulan atas nama perbincangan intelektual dan kajian bahan-bahan turath Islam yang kontroversi.

  • Anjur forum-forum yang mempromosi gerakan ini.
  • Mendapat perlindungan dari tokoh-tokoh berpengaruh.

Cadangan:

  • Dakwah berterusan melalui siri-siri penerangan berkala kepada masy campus ttg bahaya Islam liberal
  • Berani menyuarakan pandangan Islam sebenar dalam forum-forum.
  • Membuat kajian dan bahan perbincangan usrah terhadap fahaman ini dan isu-isu semasa.

    - abduhu, dimasukkan semula pada 10 April 2008 6:11 pm, USJ -

Thursday, January 03, 2008

Dia Sahabatku

Dia sahabatku

Dia sahabatku

Sewaktu dahulu bersamaku

Melalui lorong-lorong pentarbiyahan diri ini

Di atas jejak tinggalan pewaris Para Nabi

Tiba-tiba dia telah dipaksa meninggalkanku

saat dirinya masih memerlukan perhatianku dan teman-teman,


Sunyi di perjalanan membawa diri,

Tanpa teman seperjuangan dan simpati,


Lalu dia sahabatku, yang masih mencari jatidiri itu

telah menjumpai sesuatu yang dikiranya gah pada akal fikirnya

Lantas mengkagumi dan menjiwainya


Dan malang baginya,

kerana apa yang dikagumi dan dijiwainya itu,

pada hakikatnya tidaklah seteguh seperti yang disangkakan


Malah lebih malang lagi kerana dia sekarang telah meninggalkan

buah-buah keimanan dan warisan tinggalan pewaris Para Nabi

Yang pernah dikutipnya dahulu bersamaku dan teman-teman

Lantas dengan itu juga,

bermulalah paluan gendang permusuhan antara aku dan dia

Atas nama aqidah perjuangan.


Aku memohon keampunan Ilahi

Jika ada dosaku yang pernah melalaikan hak persahabatan terhadapmu

Yang menyebabkan dirimu sekarang berada di lembah yang disitu

Bukan yang di lembah bersama denganku di sini.



Dari kejauhan ini,

ku doakanmu sahabatku

Kembali semula seperti dahulu

Kepada fikrah perjuangan yang satu

Atas nama dua kalimah penyaksian.




Abduhu,
-27 disember 2007, 2;07am, Bangi-