Dia sahabatku
Dia sahabatku
Sewaktu dahulu bersamaku
Melalui lorong-lorong pentarbiyahan diri ini
Di atas jejak tinggalan pewaris Para Nabi
Tiba-tiba dia telah dipaksa meninggalkanku
saat dirinya masih memerlukan perhatianku dan teman-teman,
Sunyi di perjalanan membawa diri,
Tanpa teman seperjuangan dan simpati,
Lalu dia sahabatku, yang masih mencari jatidiri itu
telah menjumpai sesuatu yang dikiranya gah pada akal fikirnya
Lantas mengkagumi dan menjiwainya
Dan malang baginya,
kerana apa yang dikagumi dan dijiwainya itu,
pada hakikatnya tidaklah seteguh seperti yang disangkakan
Malah lebih malang lagi kerana dia sekarang telah meninggalkan
buah-buah keimanan dan warisan tinggalan pewaris Para Nabi
Yang pernah dikutipnya dahulu bersamaku dan teman-teman
Lantas dengan itu juga,
bermulalah paluan gendang permusuhan antara aku dan dia
Atas nama aqidah perjuangan.
Aku memohon keampunan Ilahi
Jika ada dosaku yang pernah melalaikan hak persahabatan terhadapmu
Yang menyebabkan dirimu sekarang berada di lembah yang disitu
Bukan yang di lembah bersama denganku di sini.
Dari kejauhan ini,
ku doakanmu sahabatku
Kembali semula seperti dahulu
Kepada fikrah perjuangan yang satu
Atas nama dua kalimah penyaksian.
Abduhu,
-27 disember 2007, 2;07am, Bangi-
No comments:
Post a Comment