Wednesday, April 30, 2008

Kata-kata Hari Ini


Mencintai unsur kebenaran tanpa menyandarkan kepada individu melahirkan kasih sayang dan keadilan.

Sebaliknya mencintai individu tanpa unsur kebenaran yang mendokongnya melahirkan sifat pilih kasih, pentingkan diri sendiri (self-centered) dan kezaliman.

Menurut ulama' usuluddin, kebaikan dan keburukan adalah apa yang dinyatakan baik dan buruk oleh timbangan Syara' bukannya akal semata-mata.

2 comments:

Anonymous said...

Blogger KorbanDemokrasi said...

Wahai muhd abduhu, Golongan ‘ulama pun boleh tertipu atas dorongan nafsu dengan kekaguman atas ‘ilmunya sila lihat Talbis Iblis dan Ihya Ulumuddin. Dan golongan ‘ulama sebeginilah yang merupakan pelupur kepada jidal dan polemik yang merosakkan, mencipta bida’ah dholalah yang menyesatkan manusia serta menghalalkan yang haram. Mereka merobek-robekkan Agama dengan fatwa-fatwa yang salah sehingga menyesatkan ramai pengikutnya. Mereka ber'itjihad' kononnya walaupun tiada mampu berbuat demikian. Mereka inilah sekeji-keji manusia dan penyeru kejahannam sebagaimana hadith RasuluLlah sallaLahu ‘alaihi wassalam. Selepas kejatuhan Khalifah Othmaniyyah, kalau kamu mengkaji, akan kamu temui ramai sekali mereka yang bergelar dan diiktiraf kononnya sebagai ‘ulama-‘ulama ini yang dahulunya dapat dibendung oleh Khalifah Islamiyyah berhamburan keluar dari sarang-sarang persembunyian mereka untuk menyesatkan ummat. Sijuling yang pandai lagi elit memang bersemangat mengikuti manusia sebegini. Kini, mereka telah menjadi suatu institusi (ya!, suatu institusi) dan dengan berkat dajjal demokrasilah mereka ini berkembang biak. Peliharalah dirimu dari disesatkan oleh manusia sebegini. Carilah dan kembalilah kepada ‘ulama-‘ulama yang haq. Kajilah latarbelakang ‘ilmu yang mereka ambil sebelum kamu bertaqlid dengan mereka demi keselamatan Agamamu.

Apa kamu ingat semua ‘ulama-‘ulama yang kamu kenali sekarang ini adalah ‘ulama pewaris Nabi belaka?. Hati-hatilah. Apakah kriteriamu dalam bertaqlid dengan mereka?.

Golongan-golongan yang kamu tuduh yang tidak meneroka ruang berdakwah sebagaimana parti demokratik kamu itu adalah jauh lebih baik dari kamu. Contohnya, Hizb ut-Tahrir. Kerana mereka tidak terpengaruh oleh kesesatan besar Bid’ah Dholalah Al-Demokrasi yang merupakan ibu segala bid’ah yang telah menghancurkan hampir semua asas penting yang dipegang oleh ummat Islam selepas kejatuhan Khalifah. Semoga Allah subhanahu wata’ala meneguhkan iltizam dan kaki-kaki para pejuang seperti Hizb ut-Tahrir di muka bumi ini. Aku yakin mereka tidak akan dihinggapi fitnah Dajjal kerana mereka adalah di antara kesinambungan kepada Khalifah dan adalah di antara golongan yang akan bersama-sama dengan Nabi ‘Isa dan Al-Mahdi, insyaAllah!. Kamu susurilah perjalanan ummat Islam selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah dan kamu akan dapati bahawa ummat Islam tidak pernah terselamat dengan demokrasi bahkan semakin terjerat dan mundur ‘aqidah mereka sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta dan seterusnya menjadi seperti Yahudi dan Kristian akibat demokrasi dajjal ini. Kamu kini sudah hampir-hampir memasuki lubang biawak. Manakah ruang dakwah yang berjaya kamu terokai bersama-sama dengan Dajjal Demokrasi ini atau model manakah yang kamu hendak buktikan?. Kamu bercakap seperti di terawang-awangan di alam mimpi. Berpijaklah di bumi yang nyata wahai kawanku!.

Polemik dan jidal seperti di antara aku dan kamu tidak akan berakhir dan tidak akan ditinggal oleh pejuang-pejuang haq yang sebenar seperti Tok Janggut rahimahulLah dllnya hinggalah Khalifah yang haq kembali memerintah di atas mukabumi ini. Ini bukan untuk berpolemik tetapi untuk menegakkan yang hak agar mengatasi kebatilan dan perjuangan yang benar untuk melanyak kebatilan bida’ah dholalah al-demokrasi yang kamu cintai.

Wahai Baqistani,Cabaran agar membuktikan di mana demokrasi telah dirobah agar tidak keluar dari batasan syari’ah masih belum terjawab. Di mana?... Di mana!?... Di mana!!!!!?... di Palestin? di Sudan? di Algeria? di Saudi? Di Iran? di mana????!.. Demokrasi yang kamu huraikan dalam tulisanmu pun tidak jelas, yang menunjukkan walaupun kamu seorang yang pintar ber’usul tetapi dangkal dengan demokrasi itu sendiri. Bagaimana kamu ingin mengeluarkan pendapat untuk sesuatu jika kamu tidak mengenalinya. Kamu tidak ahli dalam hal itu. Syarat-syarat untuk berpendapat pun masih tidak mampu kamu penuhi. Inilah yang menjadikan pandangan kamu seperti pandangan orang yang juling matanya. Melihat tetapi sebenarnya tidak nampak. Sedarlah pula bahawa regu-regu kafir kamu teramat mahir dengan mainan demokrasi ini. Kamu menerimanya dari mereka. Mereka ini telah lama juling bahkan telah buta sepenuh-penuhnya. Mereka telah berkesedudukan dengan Dajjal ini dalam satu tempoh yang amat lama. Kamu pasti tewas di gelanggang ini kerana pertolongan Allah subhanahu wata’ala tidak bersama-samamu. Jangan kamu bilang titik persamaan Sistem Dajjal ini dengan Agama Ibrahim yang Suci, bahkan, titik PERBEDAANNYA adalah tidak terbilang. Sedikit ruang yang diberinya kepadamu telah menjuling dan mengelabui matamu, sepadang kemusnahan dan kehancuran yang ditampar kemukamu engkau diam dan tidak berkata-kata. Nilai ‘ilmu apakah yang kamu sebagai golongan pintar elitis ingin pertahankan. ‘Ilmu telah hilang kerana hilang mereka yang ber’ilmu. Kamu pintar tetapi dangkal. Demokrasi bukan suatu yang baru sebagaimana gedung ‘ilmuan Islam juga bukan suatu yang baru. Jika kamu benar-benar meneropong dan mengambil ‘ilmu dengan benar sila buktikan pandangan ‘ulama yang mu’tabar tentang demokrasi ini yang mereka mengizinkannya. Jangan diambil ‘ulama-‘ulama masakini yang banyaknya telah menjadi gegabah, tetapi carilah yang telah disepakati kehebatannya. Dan, kebanyakan mereka ini hanya wujud sebelum dari kejatuhan Khalifah Islam yang terakhir.

Sedarkah kamu bahawa Sistem Dajjal Demokrasi ini adalah satu sistem yang kompleks?. Berhentilah menjulingkan matamu!!!. Lihatlah dengan dengan betul. Rujuklah juga kepada khazanah ‘ilmiah paderi-paderi demokrasi dan bagaiamana sistem kanser ini telah meresapi segala urat-darah dan nadi kemanusiaan, sebagaimana jahiliyyah menyusupi kemanusiaan di zaman RasuluLah sallaLahu ‘alaihi wassalam, maka dari situ akan kembali pulih penglihatanmu untuk melihat millah yang benar. Lihatlah bagaimana demokrasi itu di strukturkan bukan sahaja untuk kamu yang kerdil ini di tanah tempatanmu yang sempit tetapi untuk dunia secara keseluruhannya. Lihatlah bagaimana ia membataskan kamu dan saudara-saudara kamu di bumi ini sehingga mereka tidak dapat memperhambakan diri dengan sepenuhnya kepada Tuhan yang satu. Apakah nanti alasan kamu kepada mereka?. Dan adakah kamu inginlagi bersama Dajjal ini?... Dan apakah kamu masih bisa melihat?... Atau masih juling juga?..., mungkin kerana masih terbias dengan cinta butamu kepada kekasihmu; partai demokrasi….

muhd_abduhu said...

sdr KD

Sdr. membuat tuduhan kpd ulama PAS dengan tuduhan yg melampau.

Ketahuilah ijtihad dakwah dan politik dalam demokrasi ini bukan shj PAS malah kebanyakan gerakan Islam lain turut berjuang melalui saluran yg sesuai dengan waqie masing2. spt PKS, Ikhwan di mesir & palestin, gerakan Islam di Turki, Jmaat Islami Pakistan dsb.

Tuduhan bertaqlid kpd ulama' PAS saya pulangkan kpd sdr sendiri. Siapa yg sebenarnya bertaqlid dan berfikiran tertutup di sini?

Adakah PAS yang mempunyai fikrah sepertimana gerakan2 Islam yg lain atau sdr dan org2 spt saudara yg sebenarnya bertaqlid dan hanya rigid dgn buah fikiran dan pemikiran spt saudara.

Saya yakin ijtihad PAS buat masa ini tidak seburuk dakwaan sdr krn buktinya banyak gerakan Islam lain mengambil jalan yg sama spt PAS. Saya percaya PAS bersama as sawadul a'zom dan menepati hasrat Nabi s.a.w dlm hadisnya iaitu " Tidak berkumpul umatku di atas kesesatan".

Point awal yg ingin saya ulanagi semula ialah hormati ijtihad org lain jika pun tidak selari dgn kita. Dan jgn menutup fikiran mengiktiraf biau fikiran org lain kerana hikmah itu ialah barang yg hilang dari org2 mukmin.

Saya tidak menafikan gerakan Islam yg memasuki demokrasi masih lg dlm fasa 'mencuba' dan boleh jadi akan salah.

Tetapi tuduhan dan dakwaan yg penuh prasangka, berat dan mentakfirkan sesama gerakan Islam tidak akan dibuat oleh orang2 Islam yang waras dan berjiwa besar untuk mengembalikan kegemilangan ummah ke tempat asalnya.