Friday, April 25, 2008

Ayat-ayat Cinta Hari Ini

Firman Allah Ta'ala:
"Janganlah sesekali engkau mengarahkan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di kalangan mereka ( yakni orang-orang kafir) dan janganlah engkau bersedih hati terhadap mereka dan rendahkankah dirimu terhadap orang-orang beriman".
(Terjemahan dari Surah al Hijr: Ayat 88)


Menurut al-Marhum Syeikh Muhammad Al-Ghazali, seorang ulama' Mesir di zaman ini di dalam bukunya Fiqh Sirah, ayat ini (dan beberapa ayat lain yang tidak disebutkan di sini) bahawa ulama' mufassirin (ulama' tafsir) menerangkan bahawa firman Allah tersebut ditujukan kepada umat Islam melalui peribadi Nabi Muhammad s.a.w. Ini sama halnya dengan perintah yang ditujukan kepada panglima perang, walhal setiap anggota pasukanlah yang melaksanakannya.
Menurut beliau lagi, dikatakan juga bahawa firman ini (dan beberapa firman yang tidak disebutkan di sini) ditujukan kepada Rasulullah s.a.w untuk mengugah perhatian dan membangkitkan tekad. Sama halnya dengan kalimat " jangan kecil hati" yang ditujukan kepada seseorang yang kuat tekad (dan azamnya), atau pun sama dengan kalimat " jangan lengah" (bahasa indonesia) yang ditujukan kepada seseorang yang berakal sihat dan berfikiran cerdas. Pada hakikatnya, kedua jenis orang itu tidak perlu dikhuatiri akan berkecil hati dan akan lengah.

Jadi perintah tersebut bersifat mendorong supaya berusaha lebih kuat berusaha, lebih cerdas berfikir dan (supaya) lebih berani. Orang seperti itu pasti akan bertambah berani mati jika dikatakan kepadanya: " Jangan jadi pengecut!...".

- abduhu, : 25hb April 2008 11:04 am, USJ -

No comments: