Monday, August 11, 2008

Mengenai Forum 'Memeluk Islam'

Di kesempatan yang terhad ini, ana ingin memberi sedikit respons. Mungkin pandangan ana ini juga agak berbeza dengan Jumhur ahli-ahli kita dan ana bersedia menerima dan memperbetulkan pandangan ana selepas ini.

Pandangan peribadi ana tidaklah mencacatkan pandangan yang diambil oleh kepimpinan yg telah memutuskan sebaliknya ataupun mengurangkan kepercayaan kepada keputusan yang diambil tersebut (walaupun tak turun demo), tapi ini adalah suatu perkongsian dan muhasabah untuk perbaikan masa hadapan, sekiranya ada.

Ketika membaca akhbar Sinar pada hari Jumaat lalu, ana mulanya agak terkejut mengapa Tuan Guru Hj Hadi meminta supaya Majlis Peguam membatalkan forum tersebut.

Ana akui tidak mengikuti perkembangan yg berlaku berkenaanya sehingga ruangan di akhbar tersebut dibaca oleh ana. Lantas ana menelefon chambering student En Haniff Khatri, (salah seorang peguam senior PEMBELA) dan tanya dia, 'ada kontroversi ke forum ni?' Dia jawab ya dan ramai pihak mendesak En Hanif supaya menarik diri dari menjadi panel. Namun, beliau berpendirian untuk tidak menarik diri atas alasan tertentu barangkali dan sehingga ke hari forum pun beliau hadir sebagai panel.

Selaku yang turut terlibat bersama-sama dengan Encik Haniff dalam beberapa kes-kes Islam, ana tidak meragui penglibatan beliau dan panel-panel Islam dalam forum ini atas dasar mereka menyokong pendirian sekular Bar Council kerana mereka merupakan tokoh-tokoh yang komited dalam memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah di negara ini.

Seterusnya, tujuan ana di sini sebenarnya untuk turut sama menyokong pandangan berbeza dari Peguam Hanipa Maidin. Sebelum itu, ingin ana jelaskan di sini bahawa forum tersebut pada asalnya menjemput panelis-panelis yang mewakli suara Islam antaranya Dr Wan Azhar dari IKIM, Dr Naim Mokhtar (ex-Hakim Mahkamah Syariah) dan En Haniff sendiri, yang mana ana merasakan bahawa mereka sememangnya ikhtisas dalam perundangan Islam dan konflik bidangkuasa Sivil-Syariah. Namun, Dr Naim Mokhtar telah menarik diri dari menjadi panel.

Oleh itu boleh dikatakan bahawa di sudut panel-panel yang dijemput, boleh dikatakan seimbang antara pihak Islam dan bukan Islam. Baki lagi, mungkin penganjuran forum tersebut sendiri tidak boleh lari dari membawa agenda pihak tertentu.

Perbincangan yang berlangsung pula, ana percaya bahawa ianya masih terkawal kerana hanya pihak-pihak yg mempunyai berminat yang tinggi sahaja akan menyertainya kerana ianya berbayar (RM20), maknanya bukanlah forum terbuka tanpa bayaran. Mungkin dalam forum tersebut akan ada suara-suara yang menghentam pentadbiran Islam, tetapi ana percaya takkan panelis Islam yang yang ada nak duduk diam sahaja.?!! Ana yakin tidak.

Secara ringkasnya ana nyatakan seperti berikut:

1. Islam tegak dengan hujah dan juga dakwah. Jadi kenapa perlu halang forum jika Islam diberi ruang yg cukup didalamnya? Forum ini ana lihat berbeza dengan forum kumpulan Article 11 yang membuat road show seluruh malaysia dulu di sudut pengendaliannya.

2. Perlembagaan kita sendiri yg kabur dan menghadkan kuasa-kuasa Islam yangmana lebih dahulu perlu sepatutnya dipinda dan diperkasakan. Banyak masalah dilonggokkan kepada pengamal undang-undang dan Mahkamah untuk menghujah dan menafsir perkara yang sejak dari awal kabur.

Perkara 121(1a) dan beberapa artikel lain sahaja yang ada, tapi kuasa Mahkamah Syariah sendiri dan beberapa akta tertentu masih perlu pindaan untuk memperkasakan Perkara 121 (1a) tersebut. Kenapa ianya tidak diselesaikankan peringkat awal oleh pihak legislatif atau Parlimen? Tahap masuk ke Mahkamah adalah tahap akhir selepas tiada halangan peringkat awal. Dan ini sahlah tanggungjawab kerajaan pimpinan UMNO yang memerintah negara sejak sekian lama.

3. PAS perlu berbeza dan mempelbagaikan pendekatan berbanding dengan UMNO dalam menangani isu ni. Nampaknya isu ini diambil kesempatan oleh UMNO untuk menaikkan imej mereka. Padahal merekalah yang mewariskan masalah ini.

Ana salute pimpinan PAS yang memimpin agenda Islam ke tahap ini walaupun dibenci oleh rakan-rakan dalam DAP atau PKR yg memusuhi Islam. Ini perlu untuk mempertahankan Islam dari serangan liberal. Lihatlah ketegasan pimpinan PAS yang konsisten menolak konsert-konsert tidak bermoral walaupun selepas kemenangan bersama Pakatan Rakyat. Tengok saja The Star hari ini, kenapa tajuknya yang berbunyi " FT PAS Youth slammed" dibawa ke muka depan yang seolah-olah pendirian PAS yang menolak konsert Avril Lavigne tersebut layak dibenci dan dihakimi oleh pembaca akhbar.

Baki lagi biarlah kita yang ambil sikit perbezaan dengan UMNO dalam menanganinya. Maksud ana model atau uslub pendekatan yg lebih berhikmah dan terbuka tapi berpendirian tetap.

Kita tidak mau Islam kita serupa Islam ala-Umno. PAS orang baik, umno orang jahat tahap irreparable ( tak boleh dibaiki lagi). Kalau kita ikut dok berkawan ngan Umno nampaklah pada masyarakat seperti sifir berikut :


PAS + UMNO = ISLAM + JAHAT